Ginny dalam filem Ginny_Weasley

Bonnie Wright bersama pengarah Harry Potter and the Prisoner of Azkaban, Alfonso Cuaron dan barisan pelakon lain

Ginny dilakonkan oleh Bonnie Wright dalam filem adaptasi itu. Kemunculan sementaranya dalam Harry Potter and the Sorcerer's Stone hanya ketika di Stesen King's Cross.

Peranan Ginny dalam filem kedua lebih besar, walaupun banyak elemen berada dalam buku seperti perasaannya terhadap Harry dan peranannya membuka Bilik Rahsia, dalam versi filem, hal ini kurang menonjol. Oleh kerana Ginny tidak perlu melakonkan watak besar dalam Harry Potter and the Prisoner of Azkaban, dia hanya muncul filem ketiga sebagai watak tambahan walaupun dia mempunyai satu baris (ketika Perempuan Gemuk melarikan diri).

Selepas kemunculannya yang amat sikit dalam tiga filem pertama, watak Ginny lebih menonjol dalam Harry Potter and the Goblet of Fire. Walaupun hanya memegang beberapa baris sahaja, dia lebih banyak kelihatan dalam filem itu. Walaupun ketika ini watak Ginny tidak berkaitan sangat Harry, dia banyak bersama Hermione, Ron, Fred dan George, serta Neville Longbottom (temannya ketika Majlis Tari Menari), dan persahabatannya dengan Hermione dan perhubungan dengan abangnya lebih jelas kali ini. Kali ini juga mutu watak Ginny juga ditingkatkan dan ia dicadangkan oleh penulis lakon layarnya, Steve Kloves yang mahu watak Ginny dan Neville lebih menonjol sebelum watak watak mereka menjadi lebih besar dalam filem kelima.

Walau bagaimanapun, penampilan Ginny dalam Harry Potter and the Order of the Phoenix tidak sebesar mana walaupun di bawah penulisan Michael Goldenberg. Tetapi, Ginny tetap berguna dalam babak melibatkan Tentera Dumbledore dan kecemburuannya terhadap Cho Chang turut kelihatan.